2 bas 1 SUV kemalangan di Genting Highland

2 bas 1 SUV kemalangan di Genting Highland

Jalan turun dari Genting Highland memang bahaya dan selalu berlaku kemalangan, yang terbaru melibatkan dua buah bas dipercayai bas persiaran serta sebuah kenderaan SUV Audi berlaku di laluan tersebut.

Bomba memberitahu kemalangan jalanraya itu berlakuĀ pada pukul 6.13 petang, bagaimanapun tidak melibatkan kecelakaan serius.

Seorang mangsa lelaki berbangsa cina membawa SUV hanya cedera ringan manakala penumpang dan pemandu bas selamat.

Operasi berkenaan dilakukan oleh Balai Bomba Penyelamat Genting Highland.