Rusia tutup restoran McDonald di Moscow

Rusia tutup restoran McDonald di Moscow

Dalam kita sibuk isu boikot McDonald, pihak pemantau pengguna Rusia telah tutup sementara empat restoran McDonald berpusat di Moscow – termasuk outlet yang pertama di negara itu ekoran pelanggaran etika pentadbiran.

“Pelbagai pelanggaran norma kebersihan dikesan dalam sumber makanan dan pelupusan sisa di restoran McDonald semasa pemeriksaan yang dijalankan antara 18 dan 20 Ogos,” kata seorang pegawai dari badan pemantau Rospotrebnadzor.

Syarikat McDonald berkata ia akan mengkaji tuduhan terhadap francaisnya dan “akan melakukan apa saja untuk memastikan bahawa restoran dibuka secepat yang mungkin.”

“Keutamaan utama McDonald ia menawarkan kualiti dan hasil yang selamat,” kata kenyataan di laman web McDonald.

Antara yang ditutup buat sementara waktu adalah restoran di Pushkinskaya Square – pernah merupakan yang terbesar di dunia dan menjadi ikon utama apabila ia dibuka pada tahun 1990 sewaktu Rusia masih Kesatuan Soviet, yang menyaksikan wujud barisan panjang orang beratur untuk mencuba rasa produk Amerika itu.

Dalam tuntutan berasingan Rospotrebnadzor berkata maklumat nutrisi pemakanan yang disediakan oleh syarikat yang tidak sepadan dengan kandungan sebenar burger dijual.

Rantaian restoran burger yang beribu pejabat di Illinois, Amerika Syarikat , tetapi menjual lesen francais kepada syarikat-syarikat dan individu Rusia mempunyai lebih 35,000 kakitangan, dan menjual makanan bernilai hampir $1.5 bilion kepada pelanggan di negara ini pada tahun lepas.

Dalam pada itu Lebih daripada 430 syarikat francais lain Rusia turut disiasat.