Trafik sesak di Cheras, konkrit MRT jatuh
Lalulintas di lebuhraya Grand Saga Cheras terganggu tengah hari tadi apabila tetulang konkrit untuk projek MRT terjatuh ke atas jalan.
11 daripada 16 tetulang konkrit MRT itu terjatuh daripada sebuah treler muatan panjang di atas jejambat Bulatan Bilion.
Kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada tindakan pemandu treler berkenaan yang berhenti secara mengejut bagi mengelak kenderaan di hadapannya hingga mengakibatkan tali yang mengikat tetulang itu terputus.
Menurut jurucakap pusat info trafik (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas dari Lebuhraya Grand Saga menuju ke Bulatan Bilion.
Bagaimanapun tetulang konkrit MRT itu telah dialihkan pada pukul 1.40 petang tadi dan trafik kembali lancar seperti sediakala.