Kos meningkat tapi tetap sediakan layan VIP
KUALA LUMPUR – MKM Ticketing Travel and Tours Sdn Bhd (MKM), menawarkan ‘layanan VIP’ kepada semua bakal jemaahnya, meskipun kos pengurusan haji meningkat sebanyak tiga peratus haji pada tahun ini,
Pengurus Haji MKM, Ahmad Safuan Nizam Mohd berkata, jemaah yang memilih untuk menunaikan haji melalui pakej Rahmah syarikat turut diberikan layanan Istimewa tanpa sebarang pengecualian.
“Sudah sewajarnya mereka yang ingin menunaikan ibadah haji mendapat layanan sedemikian kerana kesemua jemaah adalah tetamu Allah SWT”, kata beliau dalam kenyataan sempena hari terakhir Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan 2024.
Bagi tahun ini, MKM menawarkan empat pakej haji yang boleh dipilih dengan harga bermula RM49,800 sehingga RM270,000 seorang jemaah melibatkan penginapan di hotel-hotel bertaraf lima bintang yang sangat dekat dengan Masjidil-haram.
“Perkhidmatan yang kami tawarkan bukan hanya menjadi pilihan golongan bawahan tetapi juga atasan,” kata Ahmad Safuan yang menyasarkan lebih 1,000 bakal jemaah menunaikan ibadah haji dengan MKM.
Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata, MKM terus menambah baik kemudahan dan perkhidmatannya supaya jemaah dapat mengikuti ibadah haji yang terbaik dengan mengadakan kerjasama dengan salah sebuah syarikat pengendali haji terkemuka di Arab Saudi selain membuka pejabat cawangan di Makkah.
“Dengan pembukaan pejabat tersebut dan kakitangan MKM yang berpengalaman dan terlatih di lapangan, jemaah-jemaah akan menikmati ketenangan dan juga keselesaan yang diinginkan ketika beribadah.
Ahmad Safuan memberi jaminan bahawa tiada masalah ketidakcukupan tempat penginapan seperti berlaku kepada syarikat-syarikat tempatan lain sebelum ini kerana MKM punyai perjanjian tempahan hotel di Tanah Suci.
Beliau menjelaskan, keutamaan MKM adalah memastikan kesemua jemaah kendaliannya melaksanakan ibadah ini mengikuti perjalanan sirah haji seperti mana Rasullulah dan juga sunah-sunahnya.
“Pelbagai persiapan dilakukan seperti menyediakan bas MKM sendiri dan juga khemah Perkhidmatan Khas di Mina selain Mutawif berpengalaman akan membimbing para jemaah untuk mendapatkan haji yang sempurna.”
Ahmad Safuan berkata, bagi bakal jemaah yang memilih untuk menunaikan ibadah haji dengan MKM, pihak syarikat menawarkan pemberian baucar khas bernilai RM5,000 tetapi terhad kepada mereka yang mendaftar awal.
Beliau menambah, baucar ini antara lain menawarkan potongan harga pakej bernilai RM2500, pemeriksaan kesihatan dan suntikan vaksin di hospital atau klinik swasta ditanggung oleh MKM, percuma Haramain Speed Train, Medical Card dengan perlindungan sehingga RM50,000, voucher pakej umrah bernilai RM1000.
Katanya, bakal jemaah haji yang ingin menikmati baucar berkenaan bolehlah mengimbas Kod QR yang disediakan di platform media sosial MKM tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.