Sukarelawan Malaysia berjaya masuk wilayah konflik di Gaza
Sukarelawan misi kemanusiaan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia ke Gaza diketuai Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dilaporakan berjaya mendapat kelulusan Mesir untuk memasuki wilayah konflik itu.
Berita Harian melaporkan, perkara itu dimaklumkan Ketua Misi yang juga Presiden KP1M, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dalam taklimat misi di Hotel Grand Pyramid di Kaherah.
Hadir sama Duta Besar Malaysia ke Mesir dan Palestin, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari dan Duta Palestin ke Malaysia, Dr Anwar Al Agha.
Misi kemanusiaan dengan 72 sukarelawan itu membabitan sukarelawan Mercy Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).