5 tanda-tanda mengenal pasti skim cepat kaya
Tahukah anda lima tanda-tanda untuk mengenal pasti skim cepat kaya ataupun “ponzi”?
Pernah dengar pujuk rayu seperti “ada peluang pelaburan baru untuk anda! mesti buat duit punya! Untung Besar! Tiada risiko!” dan macam-macam lagi.
Penganjur skim pelaburan palsu sentiasa mencari mangsanya, dan mereka yang terlalu ingin cepat kaya sering terjerumus ke dalam perangkap skim ini.
Apakah ciri-ciri itu?
- Pulangan tinggi daripada pelaburan kecil tanpa sebarang risiko
- Komisen apabila membawa ahli baru
- Meminta bayaran pendahuluan
- Tidak dikawal selia oleh Bank negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
- Pulangan lebih tinggi jika tidak bawa pulang produk
Jom tonton video daripada Bank Negara Malaysia yang berikut: