MH17: 2 lagi mayat rakyat Malaysia dikenal pasti

MH17: 2 lagi mayat rakyat Malaysia dikenal pasti

Pihak berkuasa Belanda berjaya mengecam dua lagi mayat mangsa warga Malaysia , menjadikan setakat ini 26 mangsa rakyat Malaysia dari tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang telah dikenalpasti.

 

Proses dokumentasi kini sedang giat dijalankan dan akan disiapkan secepat mungkin sebelum upacara sembahyang atau pembakaran mayat dilakukan.

Kerajaan Malaysia dan Belanda sedang berusaha keras bagi memastikan dua mayat-mayat tersebut dapat dihantar pulang segera.

 

16 jenazah mangsa nahas yang berlaku 17 Julai itu, termasuk seorang bukan warga Malaysia, akan dihantar pulang ke Kuala Lumpur dengan sebuah pesawat khas yang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 10 pagi, Jumaat ini.

 

Tarikh itu juga diumum sebagai hari berkabung negara dan satu istiadat penghormatan jenazah mangsa tragedi itu akan diadakan pada hari berkenaan di Kompleks Bunga Raya, KLIA.

 

Ketua Agama Buddha, Sing Han; Ketua Agama Tao Daozhang, Tan Boon Sin; Ketua Agama Hindu, S Mohanshan; dan Ketua Agama Sikh, Sardar Harcharan Singh diterbangkan khas dari Malaysia sejak beberapa hari lepas untuk upacara pengurusan mayat bukan Islam.

sumber: bharian