Liyana Jasmay ikut suami pindah ke Sabah
Aktres Liyana Jasmay mengakui akan pindah ke Sabah dan menetap di negeri itu sepenuhnya hujung tahun ini dan tidak rasa terkilan dengan keputusan itu.
Rumah kami di Sabah masih dalam proses pengubahsuaian. Kata suami saya, berkemungkinan besar hujung tahun ini, insya-Allah akan lengkap rumah itu untuk didiami. Dalam hal ini, saya tak kisah untuk korbankan minat berlakon. Tapi kalau ada tawaran yang sesuai saya tak kisah untuk pulang ke ibu kota.
Ramadan lalu pun saya pernah terdetik untuk berhenti berlakon dan memberi perhatian kepada kerja penerbitan di syarikat sendiri, Mermaid Studios saja. Tengoklah macam mana nanti… belum ada keputusan muktamad. Saya pun sudah mencapai apa yang diingini dalam kerjaya lakonan.
“Selama ini pun saya ada juga berulang alik menemani suami ke Sabah. Suami pun kadang-kadang perlu berulang alik dari Sabah ke Kuala Lumpur untuk bersama saya dan anak. Jadi untuk memudahkan hal ini saya perlu menetapkan satu pendirian iaitu berpindah. Lagipun suami saya bekerja di Sabah,
Liyana juga tekad tidak akan membawa watak-watak yang memerlukan dia berpegang tangan atau nampak ada hubungan intim demi menjaga hati suaminya.
Sumber: bharian