WHO arah pemeriksaan di pintu masuk negara wabak Ebola
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengarahkan negara-negara yang dilanda wabak Ebola agar menggenakan pemeriksaan di lapangan terbang, pelabuhan serta sempadan utama negara bagi mengelakkan dari wabak berkenaan terus menular ke kawasan lain.
Risiko hendak terkena jangkitan memang ada tetapi hanya rendah sekiranya seseorang membuat lawatan ke negara-negara yang dilanda wabak terbabit antaranya Guinea, Liberia, Nigeria serta Sierra Leone.
Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tersebut dalam satu kenyataan juga menegaskan, risiko terkena jangkitan wabak berkenaan menerusi penumpang yang menaiki kapal terbang juga ada tetapi kebarangkaliannya rendah kerana pesakit Ebola sangat lemah hendak membuat sebarang perjalanan udara.
“Tidak wajib hendak membataskan perjalanan ataupun perdagangan,” jelas WHO.