Selfie sampai maut
Padah berselfie akhirnya bawa #maut.
Cabo da Roca, Portugal: Sepasang suami isteri warga Poland mati selepas leka mengambil #selfie menyebabkan mereka terjatuh dari tebing tinggi ke dalam laut, semalam.
Lebih tragik, kejadian itu berlaku di depan anak mereka.
Menurut media, sebelum kejadian pasangan malang itu sibuk merakam gambar sendiri dari pelbagai sudut.
Ada saksi berkata, pasangan terbabit meminta anak mereka berusia lima dan enam tahun mengambil gambar berkenaan.
Kanak-kanak terbabit kini diserah kepada diplomat Poland untuk diuruskan.
Sumber: www.hmetro.com.my
Add your annotation
Photo by davemutton