Buaya 458kg akhirnya tewas
Sebuah keluarga di Alabama, Amerika Syarikat telah berjaya menangkap seekor buaya gergasi serta diiktiraf sebagai tangkapan buaya paling besar di negeri itu.
Mail Online melaporkan, reptilia yang berukuran 457 sentimeter panjang serta seberat 458 kilogram tersebut berjaya ditangkap oleh keluarga Stokes berhampiran Thomaston.
Mandy Stokes berkata, dia bersama ahli keluarga termasuk suaminya, John, abang iparnya, Kevin Jenskins serta dua anaknya, Savanah dan Parker menghabiskan masa selama 10 jam bagi menangkap buaya gergasi berkenaan.
Mereka pada mulanya, mula memburu reptilia berkenaan sejak malam Jumaat hinggakan berlanjutan ke pagi esoknya.
Mandy berkata, mereka terpaksa menghadapi bermacam-macam halangan ketika gendak menangkap buaya tersebut, sebelum bertarung dengan haiwan ganas berkenaan serta membuat keputusan membunuhnya.
Buaya itu pada mulanya mengamuk setelah diangkat naik ke darat.
Akhirnya ia diangkat menggunakan jentolak serta ditimbang.