Malaysia kutuk militan negara Islam di Syria dan Iraq
Malaysia mengutuk keras tindakan militan negara Islam di Syria dan Iraq dan amat sedih dengan jenayah yang dilakukan atas nama Islam, yang merupakan agama keamanan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia kesal terhadap mereka yang bertanggungjawab dan menggesa masyarakat antarabangsa bertindak secara bersama untuk menghalang keganasan selanjutnya.
“Kita mesti memerangi ekstremisme dengan kesederhanaan dan berusaha untuk membina semula ikatan antara masyarakat yang hancur akibat perang.
“Masyarakat Islam di seluruh dunia menyaksikan dengan penuh ketakutan ketika konflik baharu melanda Syria and Iraq. Ketika laporan mengenai pembunuhan beramai-ramai orang awam timbul dan bukti grafik mengenai kekejaman muncul, kami terkejut,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini. – BERNAMA