Mi4 mirip iPhone dengan rangka lebih baik
PEMBUAT telefon pintar China, Xiomi baru-baru ini memperkenalkan telefon pintar pertamanya yang dikatakan akan menyaingi model iPhone.
Digelar Apple of the East, model pertama yang dinamakan Mi4 itu diperbuat dari bahan aluminium lebih berkualiti dibandingkan model sebelumnya iaitu Mi3.
Mi4 dilengkapi skrin berukuran 5.5 inci berdefinisi penuh (Full HD) bersama skrin jenis 2K Quad HD yang menghasilkan resolusi skrin 2,560 x 1,440 piksel dengan teknologi IPS (In-Plane Switching).
Dikuasakan oleh pemprosesan quad core 2.5 giga herz (GHz) Snapdragon 805 beserta kapasiti RAM sebanyak 2 giga bait (GB), model terbaharu ini juga dilengkapi dengan kamera utama berukuran 16 megapiksel (MP) plus fitur autofocus serta LED flash sensor Sony dan Penstabil Imej Optikal (OIS) di samping kamera hadapan 5 MP bagi keperluan video call mahupun foto.
{Telefon pintar ini beroperasi menggunakan sistem antara muka V5 yang dibangunkan oleh syarikat dikenali dengan nama MIUI.
Berkapasiti storan sehingga 32 GB, Mi4 juga mendapat sokongan sistem operasi Android 4.4 KitKat.
Dalam pasaran tempatan, harga Mi4 dianggarkan sekitar RM1,100.