Warga Internet kritik wanita yang dakwa dicabul pramugara Mas

Warga Internet kritik wanita yang dakwa dicabul pramugara Mas
Salah satu gambar yang didakwa diambil dari laman Instagram milik Laura Bushney

Laura Bushney, wanita yang mendakwa dia telah diserang secara seksual oleh pramugara Malaysia Airlines (MAS), menerima kritikan hebat berikutan penampilannya dalam temu bual televisyen di Australia.
Dalam temu bual yang dirakam dengan Channel Seven itu, Bushney, 26 mendakwa pramugara itu datang dan duduk di sebelahnya selama 3 jam semasa penerbangan dan mula menyerang beliau atas alasan hendak menenangkannya.

Warga Internet mempersoalkan keikhlasan beliau membuat laporan itu berdasarkan gambar-gambar yang dimuat naik ke akaun Instagram beliau.

Walau bagaimanapun akaun Instagram beliau pada ketika ini sudah dipadamkan semua gambar-gambar itu. Menurut pengguna Internet, sebelum dipadamkan akaun Instagramnya banyak memuatkan gambar-gambar separuh bogel miliknya, yang memberikan bayangan tentang wanita jenis apakah Laura Bushney itu.

Ramai juga pengguna twitter yang mempersoalkan kenapakah beliau tidak bertindak melawan, menjerit atau meminta pertolongan. Malah beliau ada masa pula untuk membuat rakaman dalam telefon bimbitnya.