6 maut letupan di pangsapuri pinggir Paris

6 maut letupan di pangsapuri pinggir Paris
6 maut dalam letupan yang berlaku di sebuah pangsapuri di Paris - Foto EPA

Enam maut dalam satu letupan yang berlaku di sebuah pangsapuri di pinggir kota raya Paris, menyebabkan separuh daripada bangunan runtuh.

Mayat seorang kanak-kanak yang berusia lingkungan 10 tahun, seorang budak lelaki berusia antara 14 dan 18 tahun dan dua wanita antara mayat yang dijumpai di bawah timbunan runtuhan pangsapuri empat tingkat di pinggir bandar Rosny-sous-Bois.

Dua lagi mayat ditemui pada lewat petang ketika anggota bomba meneruskan operasi mencari di bawah timbunan dan sisa bangunan pangsapuri dengan dua lagi mangsa masih hilang.

Menurut Datuk Bandar, Claude Capillon, letupan berlaku jam 7. pagi waktu tempatan dan ia sudah cukup untuk menggegarkan bangunan sekitar 100 meter.

Maklumat awal menyebut ia disebabkan oleh letupan gas

Ketua Jabatan Bomba Paris, Gaetan de Raucourt, berkata mereka masih mengharapkan mangsa yang hilang masih bernyawa. – Berita Harian/AFP