Pelajar IPTA wajib lulus Bahasa Inggeris

Pelajar IPTA wajib lulus Bahasa Inggeris
Foto BH Online

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan setiap pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) wajib lulus Bahasa Inggeris sebelum menamatkan pengajian di universiti masing-masing.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, polisi baharu kerajaan itu juga sudah dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak demi melahirkan graduan bertaraf antarabangsa.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Pemangkin Kebolehpasaran Graduan (CGEE) 2014, di Cyberjaya, hari ini.

CGEE adalah program yang bertujuan menyediakan pelajar ke alam pekerjaan dengan memberikan latihan dan pendedahan kepada mereka selain menawarkan peluang pekerjaan di akhir program berkenaan di Cyberjaya.

Ia memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan latihan industri di syarikat terkemuka di Cyberjaya sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada mereka di syarikat yang terbabit.

BH Online melaporkan, dalam masa tiga tahun akan datang dijangka kira-kira 10,000 peluang pekerjaan bakal diwujudkan di Cyberjaya, justeru pelaksanaan program CGEE 2014 ini berada pada landasan yang sangat tepat.

Justeru itu para pelajar IPTA sekalian, pastikan anda wajib lulus Bahasa Inggeris, barulah cerah peluang untuk mendapatkan tempat dalam pasaran pekerjaan nanti.