SPRM siasat pemberian kontrak RM399 juta oleh Petronas kepada syarikat O&G

SPRM siasat pemberian kontrak RM399 juta oleh Petronas kepada syarikat O&G

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membuka kertas siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan projek Petronas dan syarikat minyak dan gas antarabangsa.

SPRM berkata Petronas telah memberikan kerjasama penuh berhubung siasatan yang didakwa melibatkan projek bernilai RM399 juta di Sarawak.

“SPRM telah mengenal pasti beberapa isu berkaitan prosedur berkaitan projek itu. Sehubungan itu, suruhanjaya telah mencadangkan penambahbaikan kepada prosedur operasi standard (projek) sebagai langkah pencegahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Awal bulan ini, sebuah portal dalam talian melaporkan bahawa Petronas didakwa terlibat dalam pemberian kontrak, berjumlah RM399 juta, kepada sebuah syarikat yang beroperasi di 14 negara untuk membina loji gas darat di Sarawak.

Laporan itu mendakwa syarikat terbabit terlibat dalam kesalahan rasuah yang serius sehingga dilarang beroperasi di negara lain.

SPRM menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat untuk tampil ke hadapan.

Sumber: FreeMalaysiaToday