Ramli MS serah dokumen perkahwinan kepada JAIS
Komposer dan konduktor muzik terkenal, Datuk Ramli MS hadir ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) jam 3 petang tadi untuk mengemukakan dokumen perkahwinannya dengan penyanyi, Alyah sejak 18 Mac tahun lalu di Batam, Indonesia.
Perkara tersebut disahkan sendiri JAIS menerusi Pengarahnya, Ahmad Zaharin Mohd Saad.
Dokumen yang dibawa Ramli sudah diserahkan kepada pegawai penyiasat. Antara dokumen yang diserah seperti pasport perjalanan serta buku nikah pasangan berkenaan.
“Bagi melengkapkan siasatan pihak kami memohon supaya beliau menyerahkan bukti sokongan iaitu pengesahan dari kedutaan Indonesia berkaitan pernikahan mereka. Keterangan dari pihak Ramli memuaskan hati pihak kami. Siasatan hari ini juga berjalan lancar,” katanya.